Skip to main content

Apakah Punca Mata Kering?



APAKAH 
PENYAKIT MATA KERING?
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Air mata adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak  berkualiti. Mata kering adalah satu masalah biasa yang kronik dialami terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua. Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.
JIKA MATA ANDA :

Kemerahan
Sakit
Berasa Gatal
Terdapat Sensasi Benda Asing

Anda mungkin menghidapi penyakit mata kering. Mata anda mungkin juga akan sensitif kepada cahaya, air mata mengalir, atau penglihatan menjadi kabur.
GEJALA PENYAKIT MATA KERING :
Lebih kerap dilihat pada;

                       

Wanita dan Golongan Tua.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHIDAPI MATA KERING?

1. Pengguna telifon pintar dan pengguna komputer.
 2. Menghidapi kencing manis atau glaucoma.

  
3. Sentiasa dalam bilik berhawa dingin.
4. Memakai kanta mata sentuh.

5. Warga Emas
6. Wanita.

7. Melancong ke negara yang bermusim sejuk.
8. Kerap memandu dalam jangka masa panjang.


ADAKAH ANDA MENGALAMI MANA-MANA BERIKUT ?
Ia mungkin tanda MATA KERING


CARA-CARA MELINDUNGI MATA ANDA :

 

LETAKKAN skrin komputer di bawah paras mata untuk menambahkan keselesaan.

ELAKKAN MATA berada di bawah aliran udara daripada penghawa dingin. Jika anda berada di dalam bilik berhawa dingin, tambahkan kelembapan dalam bilik itu.

REHATKAN MATA ANDA rehat selama 10 hingga 15 minit setiap jam. Pada masa ini, lihat pada object yang berada  di jauh ataupun tutup mata dan relaks.

ELAKKAN MELIHAT SKRIN SECARA BERPANJANGAN contoh: Komputer atau telefon bimbit pintar boleh memburukkan keadaan mata kering anda.

JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA jika anda rasa apa-apa yang tidak kena dengan mata anda, sila jumpa pakar mata secepat mugkin.

Rawatan Mata Kering
Walaupun masalah mata kering tidak  boleh disembuhkan sepenuhnya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk rawatan bagi mengurangkan gejala mata kering. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

Melembabkan mata (penggunaan airmata tiruan dan salap mata).
Penggunaan airmata tiruan (ubat titis mata) adalah rawatan utama untuk mata kering. Jika anda mempunyai mata kering yang kronik, ia adalah penting untuk menggunakan titisan airmata tiruan dengan lebih kerap walaupun mata anda berasa sihat, untuk memastikan mata anda sentiasa lembab. Jika mata anda kering semasa anda tidur, anda boleh menggunakan pelembab yang lebih kental, seperti salap mata ketika tidur.


Ubat-ubatan lain dan Nutrisi.
Ubat-ubatan lain, termasuk ubat titis mata steroid, boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek sebagai tambahan kepada langkah-langkah jangka panjang yang lain. Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa peningkatan pengambilan minyak ikan dan omega-3 melalui diet atau makanan tambahan sangat membantu untuk mereka yang menderita dengan masalah mata kering.

“The eyes are the window to the soul take care of them!”

Prevention Is Better Than Cure
Prepared / Editor  : Nur Hazida Binti Abdul Jabar


Reference : 
santen a product advertisement hialid 0.1 kkliu0742/2018|


Comments